CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN IKHLAS UNTUK SEMUA



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

KEPADA SEMUA WARGA PALAPES LAUT UNIVERSITI MALAYA DAN WARGA PSSTLDM

IKHLAS DARI,
ADMIN palapeslautum.blogspot.com

Kehadiran Ahli Baru !!!

INTAKE 10 2009/2010

Pada 10/09/09 , bertempat di markas palapes um, kekuatan anggota kami telah bertambah lg sbyk 24 org. Ahli2 baru yg trdiri dari kadet2 yg rata2nya pelajar tahun 1 telah memberikan suatu suntikan semangat kepada semua.
Diharapkan dengan kehadiran mereka pasukan Palapes Laut UM akan bertambah kuat dan mantap dalam mencapai misi dan visi yg ditetapkan.

~Welcome aboard~





Kadet2 diberi penerangan oleh CO PDL-PKK Ismail




Sesi pengemaskinian borang maklumat peribadi





Tulis borang pun kena dlm baris,klau x nnt CO marah,hehehe :p


Senior2 dlm proses menerangkan lifestyle sbg seorang peg. kadet kpd junior2


Antara barisan tenaga kerja yg menjayakan program kali ini
p/s: sori 2 intake 9, x tgkp plak gmbr korang aritu






Saturday, September 5, 2009

Submarine





Sejarah tercipta buat Tentera Laut Di-raja Malaysia apabila berjaya memperolehi aset pertahanan yang baru Kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman.Kapal selam jenis scorpene tersebut di bina sejak kerajaan menempahnya pada tahun 2002 di Toulon,Perancis berharga RM3.4 billion.Hari ini,Kapal selam pertama negara telah berjaya pulang ke malaysia berlabuh di KD Sultan Abdul Aziz Shah,Pulau Indah klang iaitu pangkalan TLDM bagi Palapes laut UM

KD TAR di lengkapi dengan teknologi cangih dan terkini dengan pelbagai sistem persenjataan moden mampu berfungsi dan berperanan untuk melaksanakan pelbagai tugas dan misi lain seperti pengumpulan data perisikan, menyekat jalur perhubungan laut (sea lines of communications (SLOC)), melancar serangan torpedo dan misil, memasang dan mengaktifkan periuk api serta operasi khas membabitkan penyusupan Pasukan Khas Laut (Paskal).



Kapal selam ini adalah antara reka bentuk kapal selam terkini dalam kelasnya yang dibina berdasarkan reka bentuk Kapal Selam Penyerang Nuklear (SSN) Tentera Laut Perancis. Ia dilengkapi sistem persenjataan terkini, termasuk sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api. Sistem persenjataan kapal selam ini, iaitu 'Submarine Tactical Integrated Combat System' (Subtics) berfungsi untuk memproses segala maklumat daripada pengesan akustik dan bukan akustik dari permukaan, bawah permukaan dan udara. Kapal selam sepanjang 67 meter ini dikendalikan oleh 32 krew berupaya beroperasi di laut melebihi 45 hari. Menyingkap sejarah perolehannya, TLDM khususnya dan ATM amnya menyedari kapal selam mampu meningkatkan kemampuan pasukan laut itu secara keseluruhannya.

Rancangan Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan aset kapal selam telah di mertai pada rancangan malaysia ke-5 (RMK-5) lagi awal 80an.Namun,di sebabkan beberapa faktor impian tersebut baru terlaksana setelah sekian lama tertangguh.Ia dapat menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya dan bilangan kapal selam 2 buah tersebut boleh dipertingkatkan lagi dari semasa kesemasa.Scorpene hanya dikendalikan oleh krew seramai 32 orang termasuk pegawai dan angota lain-lain pangkat setelah mereka berjaya menjalani kursus untuk pengendalian kapal selam selama setahun telah berjaya membawa KD TAR pulang ke tanah air setelah berlayar selama 54 hari dari Perancis tempat kelahirannya.


Credit to: PKK AL Hafiz

Under Construction

HElo...
Utk makluman blog ini masih di peringkat pembangunan.
So, klau ada kkurangan hanya ucapan maaf yg bleh disampaikan.
Kpd mereka yg mmpunyai idea2 bernas feel free to drop by and donate.
Especially blog ni utk kegunaan kita warga navy um bersama
Kpd yg telah memberi sumbangan,jutaan terima kasih diucapkan.
Diharapkan blog ni dapat memberi nafas baru dalam organisasi kita
hiyaa...


p/s(jgn la letak order dlm ni plak,lmbt smpai nnt,hehehe =P )




Thursday, September 3, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua anggota Palapes Laut Universiti Malaya sama ada senior mid,junior mid dan kadet ! di harap berada dalam keadaan sihat hendaknya walaupun di HELL dek kerana tidak turun watches huhu..pelancaran blog ini adalah bertujuan untuk kita sesama berkongsi pendapat dan pandangan,,kalau korang ada artikel ke,ape2 la rasa nak di masukkan kat sini..leh la hantar kat email nie palapeslautum@gmail.com

aktiviti-aktiviti yg kita jalankan bleh juga di masukkan kat blog nie dan apa2 makluman serta iklan dan sebagai.Sebelum tu,kita ucapkan tahniah kepada CO baru kita,PKK Ismail Yusuf,tak lupa jg pada rank-rank kita PKK Ronald dan PKK Azira,,,tahniah juga pada PKK hanif dan PKK Syazlin selaku rank bagi peringkat junior Mids..okies,setakat ini dulu....kita jumpa lagi..

yang benar
pegawai kadet kanan .....................
intake 8
navy um