CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 26, 2009

BANGKOK, THAILAND

LAWATAN ILMIAH DAN KETENTERAAN
K
E
B
ANGKOK THAILAND
20-23 OKTOBER 2009

ANGGOTA TERLIBAT:

  1. PKK ISMAIL MOHD YUSOF
  2. PKK MOHD NORHAFIZAMIR BIN IDRIS
  3. PKK ROLINI MAJADA
  4. PKK SITI FATIMAH MISLAN
  5. PKK KOH WAH SIN
  6. PKK MOHD HANIF ISMAIL
  7. PKK NURUL FADZLEEN BT RAHMAT
  8. PKK N. RABIATUL ADAWIYAH N. MOHAMED YUSOF

Lawatan ini telah memberi peluang kepada Pegawai Kadet DARAT dan LAUT untuk sama-sama membawa nama PALAPES UNIVERSITI MALAYA ke arah pengantarabangsaan. Sepanjang lawatan, Pegawai Kadet di beri pendedahan mengenai struktur ketenteraan di Thailand disamping memahami kebudayaan dan gaya hidup di sana. Pegawai Kadet juga berpeluang mengamati suasana Bandar Bangkok khususnya dan Thailand amnya dari aspek sosi0-politik, ekonomi dan kebudayaan. antara tempat yang dilawati;

· Royal Thailand Armed Force Prepatory school

· Royal Thailand Armed Force Academy

· Royal Thailand air Force Military Academy

· Royal Thailand air Force Military Academy Museum

· Sungai chao Praya

· Kedutaan Malaysia di Bangkok

· Siam Niramit (seakan Istana Budaya Malaysia)

· dan banyak lagi

Semoga lawatan seumpama ini akan diteruskan pada masa mendatang.

"PALAPES: TOWARDS INTERNA TIONAL EXCELLENCE"


Friday, October 16, 2009

Friendly Futsal Part 2





Bertempat di gelanggang futsal Kolej Kediaman ke-5 , telah berlangsungnya satu perlawanan persahabatan antara Palapes Laut dan Palapes Darat UM. Perlawanan berlangsung pada jam 2000 H dengan kedua-dua pasukan memanaskan badan selama lebih kurang 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
Sepak mula diambil oleh Palapes Darat dan serangan pertama mereka membuahkan gol seawal minit pertama dengan mengambil peluang ketika penjaga gawang Palapes Laut sedang leka.
Tersentak dengan gol awal tersebut, Palapes Laut melancarkan serangan bertubi-bertubi ke arah pintu gol Palapes Darat dengan kecekapan PK Radzie Alias selaku penjaga gol Palapes Darat sering menghampakan barisan serangan Palapes Laut. Akhirnya.melalui gerakan 1 2 antara PKK buddy dan PKK Azly, PKK Amir berjaya menyumbat gol penyamaan ketika keadaan kelam kabut di hadapan gawang Palapes Darat.
Perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan dan bertahan. Namun akhirnya pasukan Palapes Laut berjaya memenangi perlawanan ini dengan keputusan 12-10.Hal ini dilihat melalui stamina dan juga kehebatan Palapes Laut mengawal permainan dan memaksa Palapes Darat untuk lebih banyak bertahan pada minit-minit akhir perlawanan.
Syabas diucapkan kepada pasukan Palapes Laut UM kerana berjaya memenangi perlawanan ini. Diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dibawa untuk Karnival Sukan Palapes Laut yang akan berlangsung nanti.







Induksi Kadet Ambilan 10

Pada 10 dan 11 Oktober ,telah dijalankan 1 program induksi kadet ambilan 10.Program ini bertujuan untuk membentuk kadet-kadet yang berkualiti seiring dengan kehendak perkhidmatan. dan juga memberi peluang kepada senior-senior untuk memberi arahan dan menjalankan projek dengan berkesan. Program bermula pada jam 1700 H dengan ketibaan kadet-kadet ke markas Palapes Laut dengan berpakaian PO. Pada masa itu mereka diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan berlangsung.
Aktiviti pertama adalah sesi mess etiquette yang mana kadet-kadet diajar etika makan mengikut gaya dan cara Navy. Ini adalah pengalaman pertama kadet berhadapan dengan keadaan formal ketika makan dan apa yang harus dipuji adalah keberanian mereka untuk ke hadapan bagi menyahut permintaan daripada pegawai seperti menyanyi dan public speaking. Ternyata mereka tidak dapat makan dengan kenyang walaupun lauk yang dihidangkan adalah sangat membuka selera.
Seterusnya, program diteruskan dengan kelas bagi watches dan juga night round. Ketika ini, kadet-kadet diajar mengenai perjalanan watches dan tugas-tugas sebagai seorang pegawai baris dan juga ketua kumpulan ( CL ).Bagi kelas night round, mereka diajar susun atur pakaian,kasut dan barang-barang serta kekemasan bilik mengikut standard yang telah ditetapkan bagi menjamin kebersihan diri,pakaian dan tempat tinggal.
Pada jam 2100 H, aktiviti 'burung hantu' + ' blind trail ' dijalankan.Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan intake. Ianya juga untuk membentuk keyakinan diri serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan.Aktiviti ini berlangsung sehingga jam 0001 H dan kadet-kadet diberi rehat.
Ketika sedang nyenyak tidur, kadet-kadet dikejutkan pada jam 0300H.Mereka dibawaa untuk aktiviti seterusnya yang lebih berat di mana mereka dibawa berlari mendaki 'Bukit Cinta' dan menjalankan pelbagai 'exercise'. Ini bertujuan memperkenalkan kepada kadet-kadet pelbagai jenis 'exercise' yang terdapat dalam Palapes Laut. Acara kemuncak adalah 'push-up lipan' yang berjaya menghasilkan 1 rekod yang boleh dibanggakan oleh intake 10.
Seterusnya, mereka dibawa ke Padang A untuk menguji mental dan fizikal. Di sini segenap penjuru padang telah mereka harungi dengan pelbagai cara seperti 'crawling' , ' side-roll' serta 'forward roll'. Aktiviti ini sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal mereka namun semua itu berjaya diharungi tanpa sebarang kecederaan yang memudaratkan.
Setelah selesai di Padang A, mereka dibawa pulang ke markas dengan nyanyian-nyanyian yang menaikkan kembali semangat mereka. Di markas, mereka telah diberi ' refreshment' oleh pemegang-pemegang pangkat senior.
Selesai menunaikan solat subuh, aktiviti seterusnya adalah EMA ( early morning activity ). Aktiviti yang berlangsung pada masa ini lebih santai dengan lebih menjurus kepada regangan otot-otot setelah seharian penat berfungsi. Aktiviti seperti permainan juga dijalankan bagi menyuntik semangat berpasukan di kalangan kadet-kadet.
Program ini berakhir dengan majlis RPC yang berlangsung di Wisma Bahari. Sesi ini diadakan bagi memupuk pergaulan antara pegawai-pegawai, senior dan juga kadet. Pada ketika ini, kesemua ahli Palapes Laut bermesra antara satu sama lain sambil menikmati juadah yang disediakan.
Program ini berakhir pada jam jam 1900 H dengan ucapan penutup diberikan oleh Pengarah Projek dan penutupan dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi Palapes Laut UM, Lt. Dya Ahmad Badri bin Ismail PSSTLDM.






Antara senior-senior yang mengambil bahagian






Kelas watches


Kelas night round



Mess Etiquette


Aktiviti ' burung hantu' + ' blind trail '





Baris sebelum ukur padang

Exercise kegemaran- 'push-up lipan' dengan demo
oleh 3 orang junior mid yang paling bergaya





Sesi refreshment setelah seharian 'bertempur' :p




Sajian semasa RPC, nyam nyam nyam


Ucapan penutup oleh Peg Koordinasi





Thursday, October 8, 2009

Futsal Friendly Game




Rabu , 07/10/09 - Bertempat di gelanggang sukan kolej kediaman ke-11 berlangsungnya 1 perlawanan persahabatan futsal antara ROTU Navy UM dgn pasukan yg dijemput khas dr luar. Permainan bermula sekitar jam 6 dan berakhir pada jam 7. Dalam perlawanan ini pasukan ROTU Navy UM tumpas kpd pasukan pelawat dgn jaringan 4 berbalas 3.Gol dijaringkan oleh PKK Adib,PKK Badi dan PKK Mail. Menurut jurulatih ROTU Navy iaitu PKK Azly, kelekaan pada minit-minit akhir perlawanan menyebabkan pasukannya berputih mata utk mendapatkan kemenangan namun beliau berpuas hati dgn corak permainan anak buahnya. Majlis ditamatkan dgn sesi penyampaian cenderamata kpd wakil pasukan pelawat yg diberi nama Pejabat FC oleh wakil pasukan merangkap pengurus pasukan. Diharapkan perlawanan ini mampu memberi pendedahan utk memantapkan lg prestasi pasukan futsal untuk memberi lebih saingan dalam Karnival Sukan Palapes Laut 2009 di UM yg bakal berlangsung pada semester hadapan.
~Smile~




Pasukan Pejabat FC


Pemain-pemain yg beraksi pada hari perlawanan


Sesi penyampaian cenderamata oleh wakil ROTU Navy UM , Lt. M Sukardi kpd wakil pasukan Pejabat FC

Team Futsal ROTU Navy UM





Disaster



IPOH: KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di sini.

Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi tadi dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman, berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi. - Bernama

~Credit to PKK mail a.k.a CO ~


Monday, October 5, 2009

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN LATIHAN & JAMUAN RAYA PALAPES UM

TARIKH: 03 OKTOBER 2009(HARI RAPTAI)
04 OKTOBER 2009(HARI JADI)
TEMPAT:MARKAS PALAPES UNIVERSITI MALAYA
ACARA: MAJLIS PEMBUKAAN LATIHAN DAN JAMUAN HARI RAYA PALAPES UM 2009

ANTARA YANG MENARIK......