CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 16, 2009

Friendly Futsal Part 2





Bertempat di gelanggang futsal Kolej Kediaman ke-5 , telah berlangsungnya satu perlawanan persahabatan antara Palapes Laut dan Palapes Darat UM. Perlawanan berlangsung pada jam 2000 H dengan kedua-dua pasukan memanaskan badan selama lebih kurang 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
Sepak mula diambil oleh Palapes Darat dan serangan pertama mereka membuahkan gol seawal minit pertama dengan mengambil peluang ketika penjaga gawang Palapes Laut sedang leka.
Tersentak dengan gol awal tersebut, Palapes Laut melancarkan serangan bertubi-bertubi ke arah pintu gol Palapes Darat dengan kecekapan PK Radzie Alias selaku penjaga gol Palapes Darat sering menghampakan barisan serangan Palapes Laut. Akhirnya.melalui gerakan 1 2 antara PKK buddy dan PKK Azly, PKK Amir berjaya menyumbat gol penyamaan ketika keadaan kelam kabut di hadapan gawang Palapes Darat.
Perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan dan bertahan. Namun akhirnya pasukan Palapes Laut berjaya memenangi perlawanan ini dengan keputusan 12-10.Hal ini dilihat melalui stamina dan juga kehebatan Palapes Laut mengawal permainan dan memaksa Palapes Darat untuk lebih banyak bertahan pada minit-minit akhir perlawanan.
Syabas diucapkan kepada pasukan Palapes Laut UM kerana berjaya memenangi perlawanan ini. Diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dibawa untuk Karnival Sukan Palapes Laut yang akan berlangsung nanti.







0 comments: