CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 16, 2009

Induksi Kadet Ambilan 10

Pada 10 dan 11 Oktober ,telah dijalankan 1 program induksi kadet ambilan 10.Program ini bertujuan untuk membentuk kadet-kadet yang berkualiti seiring dengan kehendak perkhidmatan. dan juga memberi peluang kepada senior-senior untuk memberi arahan dan menjalankan projek dengan berkesan. Program bermula pada jam 1700 H dengan ketibaan kadet-kadet ke markas Palapes Laut dengan berpakaian PO. Pada masa itu mereka diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan berlangsung.
Aktiviti pertama adalah sesi mess etiquette yang mana kadet-kadet diajar etika makan mengikut gaya dan cara Navy. Ini adalah pengalaman pertama kadet berhadapan dengan keadaan formal ketika makan dan apa yang harus dipuji adalah keberanian mereka untuk ke hadapan bagi menyahut permintaan daripada pegawai seperti menyanyi dan public speaking. Ternyata mereka tidak dapat makan dengan kenyang walaupun lauk yang dihidangkan adalah sangat membuka selera.
Seterusnya, program diteruskan dengan kelas bagi watches dan juga night round. Ketika ini, kadet-kadet diajar mengenai perjalanan watches dan tugas-tugas sebagai seorang pegawai baris dan juga ketua kumpulan ( CL ).Bagi kelas night round, mereka diajar susun atur pakaian,kasut dan barang-barang serta kekemasan bilik mengikut standard yang telah ditetapkan bagi menjamin kebersihan diri,pakaian dan tempat tinggal.
Pada jam 2100 H, aktiviti 'burung hantu' + ' blind trail ' dijalankan.Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan intake. Ianya juga untuk membentuk keyakinan diri serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan.Aktiviti ini berlangsung sehingga jam 0001 H dan kadet-kadet diberi rehat.
Ketika sedang nyenyak tidur, kadet-kadet dikejutkan pada jam 0300H.Mereka dibawaa untuk aktiviti seterusnya yang lebih berat di mana mereka dibawa berlari mendaki 'Bukit Cinta' dan menjalankan pelbagai 'exercise'. Ini bertujuan memperkenalkan kepada kadet-kadet pelbagai jenis 'exercise' yang terdapat dalam Palapes Laut. Acara kemuncak adalah 'push-up lipan' yang berjaya menghasilkan 1 rekod yang boleh dibanggakan oleh intake 10.
Seterusnya, mereka dibawa ke Padang A untuk menguji mental dan fizikal. Di sini segenap penjuru padang telah mereka harungi dengan pelbagai cara seperti 'crawling' , ' side-roll' serta 'forward roll'. Aktiviti ini sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal mereka namun semua itu berjaya diharungi tanpa sebarang kecederaan yang memudaratkan.
Setelah selesai di Padang A, mereka dibawa pulang ke markas dengan nyanyian-nyanyian yang menaikkan kembali semangat mereka. Di markas, mereka telah diberi ' refreshment' oleh pemegang-pemegang pangkat senior.
Selesai menunaikan solat subuh, aktiviti seterusnya adalah EMA ( early morning activity ). Aktiviti yang berlangsung pada masa ini lebih santai dengan lebih menjurus kepada regangan otot-otot setelah seharian penat berfungsi. Aktiviti seperti permainan juga dijalankan bagi menyuntik semangat berpasukan di kalangan kadet-kadet.
Program ini berakhir dengan majlis RPC yang berlangsung di Wisma Bahari. Sesi ini diadakan bagi memupuk pergaulan antara pegawai-pegawai, senior dan juga kadet. Pada ketika ini, kesemua ahli Palapes Laut bermesra antara satu sama lain sambil menikmati juadah yang disediakan.
Program ini berakhir pada jam jam 1900 H dengan ucapan penutup diberikan oleh Pengarah Projek dan penutupan dirasmikan oleh Pegawai Koordinasi Palapes Laut UM, Lt. Dya Ahmad Badri bin Ismail PSSTLDM.






Antara senior-senior yang mengambil bahagian






Kelas watches


Kelas night round



Mess Etiquette


Aktiviti ' burung hantu' + ' blind trail '





Baris sebelum ukur padang

Exercise kegemaran- 'push-up lipan' dengan demo
oleh 3 orang junior mid yang paling bergaya





Sesi refreshment setelah seharian 'bertempur' :p




Sajian semasa RPC, nyam nyam nyam


Ucapan penutup oleh Peg Koordinasi





1 comments:

hakeem_arabic said...

pengalaman berharga buat semua PDL. Harapnya tradisi ini berterusan utk masa akan dtg.