CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 6, 2010

MEETING TERGEMPAR!!!!

TEMPAT: WISMA BAHRI PALAPES LAUT UNIVERSITI MALAYA
TARIKH: 6 FEBUARI 2010
MASA: 23.20H

"ORDER: ARAHAN TERBARU. SUME MT, PEN. PENGARAH, & AJK DIKEHENDAKI HADIR KE WISMA BAHRI 20.30H. PAKAI CASUAL. BWK LAPTOP N YG BERKAITAN KARBIVAL. SEBARKAN TANPA GGL. PEN. PENGARAH CRI ANAK BUAH MASING-MASING JIKA TAK MAU SEBARANG KESULITAN. TQ"

BIAR GAMBAR BERBICARA

ANTARA SUASANA YANG SEMPAT DIRAKAMKAN

SUBBY YANG DATANG PADA MALAM ITU..

GAMBAR KANDID 1

GAMBAR KANDID 2

PANAS.. PANAS.. SKANDAL TERBARU!!! ANTARA CO DAN MENTERI KEWANGAN


FOKUS KEPADA RANK YANG TERSOROK DI BELAKANG MENTERI KEWANGAN PALAPES LAUT UM

GAMBAR CURI!!! MEREKA KELIHATAN SANGAN SIBUK NAMUN DISEBALIK KESIBUKAN MEREKA TERBIT SATU PERSOALAN???? BENARKAH MEREKA TENGAH SIBUK MEMIKIRKAN PERSIAPAN KARNIVAL SUKAN ATAUPUN TENGAH SIBUK BERMAIN FACEBOOK???

GAMBAR KANDID 3

WAJAH-WAJAH YANG TENGAH MENTAL. TETAPI SILA BERI FOKUS KEPADA INSAN YANG MEMAKAI BAJU BERWARNA COKLAT OWKE.. MUAHAHAHA!!!

KESIMPULANNYA: MEETING BERJALAN DENGAN LANCAR WALAUPUN SUASANA DALAM WISMA BAHRI AGAK RIUH RENDAH. LEBIH RIUH DARIPADA PASAR MALAM-PASAR MALAM YANG TERDAPAT DI UM DAN LEBIH SIBUK DARIPADA UPTOWN DAMANSARA DAN YANG SEUMPAMANYA..

SEKIAN,

BERTEMU DALAM N3 SETERUSNYA...

Saturday, January 30, 2010

KD Seri Inderapura dilucut tauliah


ABDUL Aziz Jaafar (tengah) bersama Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (kiri) dan Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Datuk Mohd Som Ibrahim memberi tabik hormat kali terakhir kepada KD Sri Inderapura yang dilucutkan pertauliahan di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut.


MAJLIS Istiadat Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Seri Inderapura pada 21 Januari 2010 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak merupakan hari yang tidak boleh dilupakan oleh semua warga pasukan keselamatan itu.

Pada hari tersebut, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Armada, Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin turut menitiskan air mata kerana amat terasa dengan 'kehilangan' kapal yang berfungsi sebagai kapal pemerintah dan logistik itu.

Masakan tidak, KD Seri Inderapura merupakan kapal kebanggaan TLDM kerana ia kapal terbesar pernah dimiliki pasukan tersebut dan telah banyak mengharumkan nama TLDM dan negara selama 14 tahun 11 bulan dan 21 hari tempoh perkhidmatannya.

Apatah lagi, mengenangkan saat-saat KD Seri Inderapura masih mempertahankan 'kemegahannya' ketika terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM Lumut pada 8 Oktober 2009.

"Di sebalik insiden kebakaran terdapat satu peristiwa menarik perhatian kerana gada-gada tauliah serta gada-gada piala agong dan panji-panji TLDM pada KD Sri Inderapura tidak terbakar dan boleh dilihat jelas melalui celahan kepulan asap dan api yang marak menjulang.

"Apa yang berlaku itu menggambarkan seolah-olah kapal itu mahu menunjukkan 'kebanggaannya' sebagai sebuah KD dan peristiwa ini amat pelik kerana gada-gada itu tidak terjatuh semasa kapal terbakar," kata Abdul Aziz selepas istiadat pelucutan tauliah KD Seri Inderapura di Pangkalan TLDM Lumut, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, kapal tersebut diberikan penghormatan terakhir selepas mengakhiri perkhidmatannya dengan TLDM.

Majlis tersebut diadakan dengan penuh adat istiadat dengan kehadiran hampir semua bekas pegawai memerintah KD Seri Inderapura yang merasa bangga kerana pernah bertugas di kapal tersebut.

Menurut Abdul Aziz, 'kehilangan' KD Seri Inderapura sangat dirasai oleh semua warga TLDM kerana kapal itu adalah kebanggaan TLDM selama ini dan tanpanya, operasi armada laut negara terjejas.

Sejak ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 31 Januari 1995, KD Seri Inderapura telah terlibat dalam pelbagai operasi dalam dan luar negara dengan jarak perjalanan menjangkau 1,332,945.4 batu nautika.

Kapal tersebut pernah membawa kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam Ekspedisi Kembara Merdeka ke Cape Town, Afrika Selatan serta pelayaran bantuan logistik KLD Tunas Samudera mengelilingi dunia.

Kapal itu juga terlibat dalam menghantar bantuan kemanusiaan di Aceh dan Timor Leste. Paling diingati, kapal tersebut menyertai operasi menyelamat tebusan dan mengiringi kapal milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) di Teluk Aden pada 2008.

Sebelum dibeli oleh kerajaan Malaysia pada harga RM48 juta, KD Seri Inderapura yang dibina di San Diego, California, Amerika Syarikat (AS) pada 1970 berkhidmat dengan Tentera Laut AS dan dikenali sebagai USS Spartanburg County, bermula 1 September 1971 hingga Disember 1994.

Dalam tempoh 26 tahun itu, banyak tugasan telah dilaksanakan oleh kapal tersebut termasuk misi kemanusiaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu Operasi Doria Salute IV 1974 serta ekspedisi kemanusiaan tentera AS ke Lubnan dan Kuwait.

KD Seri Inderapura pernah terbakar semasa berlabuh di Pangkalan TLDM Lumut pada 16 Disember 2002 tetapi kembali beroperasi selepas dibaik pulih tetapi tragedi menyayat hati pada 8 Oktober lepas memusnahkan kapal tersebut.

Sebagai sebuah kapal yang disanjung ramai warga TLDM, ramai mencadangkan supaya bangkai kapal tersebut 'disemadikan' dan dijadikan tukun di lokasi kapal itu tersadai sekarang.

Namun, cadangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana besi-besi keluli pada kapal itu boleh menjejaskan ekologi hidupan di laut dan jalan terbaik ialah dengan melupuskan bangkai kapal tersebut.

Bagaimanapun, beberapa barang pada KD Seri Inderapura seperti gada-gada tauliah, gada-gada piala agong dan panji-panji TLDM yang terselamat dalam kebakaran itu akan disimpan sebagai bahan sejarah.

Walaupun KD Seri Inderapura kini hanya tinggal nama, segala jasa dan sumbangan KD Seri Inderapura akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sebagai sebuah kapal yang banyak mengharumkan pasukan tentera negara.

credit to UTUSAN MALAYSIA

Press ENTER to look up in Wiktionary or CTRL+ENTER to look up in Wikipedia

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Tanggal 19 DISEMBER 2009, salah seorang PDL PALAPES LAUT UNIVERSITI MALAYA, 8703224 PKK SHAZANI B. ISMAIL telah selamat menjadi Raja Sehari bersama pasangannya. Majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan diadakan pada 19 Disember 2009 manakala di sebelah pengantin lelaki pada keesokkan harinya. Warga SAMUDERA RAYA UNIVERSITI MALAYA MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU+CICIT...INSYA-ALLAH...










Saturday, December 5, 2009

ACT KDSI 1 2009

TARIKH: 22 NOVEMBER- 05 DISEMBER 2009
TEMPAT: KD SULTAN IDRIS 1, LUMUT, PERAK
PROGRAM: LATIHAN LANJUTAN TAHUNAN (ACT)


Seramai 44 kali anggota iaitu 23 kali anggota Senior dan 21 kali anggota Junior telah mengikuti ACT 2009 di KDSI 1, Lumut, Perak. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memberi peluang kepada anggota PALAPES LAUT seluruh Malaysia yang terdiri daripada;

  1. UNIVERSITI MALAYA (UM)
  2. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
  3. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  4. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
  5. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
  6. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
  7. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Bagi senior, mereka lebih kepada latihan praktikal manakala Junior lebih diberi tunjuk ajar secara teori. Banyak pengalaman pahit dan manis yang telah ditempuhi yang mana mampu memperlengkapkan anggota PALAPES sebagai benteng pertahanan kedua negara. Antara aktiviti yang diadakan ialah ;
  1. wall climbing
  2. boating
  3. NBCD
  4. DCFF
  5. night round
  6. abseilling
  7. swimming
  8. assault course
  9. jungle trecking
  10. base run
  11. early morning activity
  12. evening activity
  13. dan banyak lagi.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA PALAPES LAUT UNIVERSITI MALAYA YANG BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN DENGAN JAYANYA.WELL DONE!!








































P/S: KEPADA ANGGOTA YANG MEMPUNYAI GAMBAR YANG LEBIH MENARIK, SILA BERHUBUNG DENGAN ADMIN palapeslautum.blogspot.com