CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 5, 2009

Submarine





Sejarah tercipta buat Tentera Laut Di-raja Malaysia apabila berjaya memperolehi aset pertahanan yang baru Kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman.Kapal selam jenis scorpene tersebut di bina sejak kerajaan menempahnya pada tahun 2002 di Toulon,Perancis berharga RM3.4 billion.Hari ini,Kapal selam pertama negara telah berjaya pulang ke malaysia berlabuh di KD Sultan Abdul Aziz Shah,Pulau Indah klang iaitu pangkalan TLDM bagi Palapes laut UM

KD TAR di lengkapi dengan teknologi cangih dan terkini dengan pelbagai sistem persenjataan moden mampu berfungsi dan berperanan untuk melaksanakan pelbagai tugas dan misi lain seperti pengumpulan data perisikan, menyekat jalur perhubungan laut (sea lines of communications (SLOC)), melancar serangan torpedo dan misil, memasang dan mengaktifkan periuk api serta operasi khas membabitkan penyusupan Pasukan Khas Laut (Paskal).



Kapal selam ini adalah antara reka bentuk kapal selam terkini dalam kelasnya yang dibina berdasarkan reka bentuk Kapal Selam Penyerang Nuklear (SSN) Tentera Laut Perancis. Ia dilengkapi sistem persenjataan terkini, termasuk sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api. Sistem persenjataan kapal selam ini, iaitu 'Submarine Tactical Integrated Combat System' (Subtics) berfungsi untuk memproses segala maklumat daripada pengesan akustik dan bukan akustik dari permukaan, bawah permukaan dan udara. Kapal selam sepanjang 67 meter ini dikendalikan oleh 32 krew berupaya beroperasi di laut melebihi 45 hari. Menyingkap sejarah perolehannya, TLDM khususnya dan ATM amnya menyedari kapal selam mampu meningkatkan kemampuan pasukan laut itu secara keseluruhannya.

Rancangan Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan aset kapal selam telah di mertai pada rancangan malaysia ke-5 (RMK-5) lagi awal 80an.Namun,di sebabkan beberapa faktor impian tersebut baru terlaksana setelah sekian lama tertangguh.Ia dapat menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya dan bilangan kapal selam 2 buah tersebut boleh dipertingkatkan lagi dari semasa kesemasa.Scorpene hanya dikendalikan oleh krew seramai 32 orang termasuk pegawai dan angota lain-lain pangkat setelah mereka berjaya menjalani kursus untuk pengendalian kapal selam selama setahun telah berjaya membawa KD TAR pulang ke tanah air setelah berlayar selama 54 hari dari Perancis tempat kelahirannya.


Credit to: PKK AL Hafiz

0 comments: